Wednesday 31 December 2014



GEOGRAFI 942/2   PENGGAL 2  2015
(A)
SISTEM  ATMOSFERA
1.
Atmosfera – kandungan atmosfera dan pengaruh kepada proses fizikal
2.
Troposfera – ciri , fenomena cuaca  dan kegunaan kepada manusia
3.
Konsep cuaca  dan  unsur cuaca
4.
Konsep iklim  dan unsur iklim
5.
Bahangan suria – pengaruh kepada perbezaan suhu
6.
Bahangan suria – pengaruh kepada proses geomorfologi
7.
Bahangan suria – proses pemindahan haba
8.
Suhu – taburan menegak ; faktor mempengaruhi
9.
Suhu – taburan mendatar ; faktor mempengaruhi
10.
Fenomena olak suhu – proses kejadian ; faktor mempengaruhi
11.
Albedo – konsep dan faktor mempengaruhi
12.
Kestabilan udara – udara stabil dan ciri
13.
Kestabilan udara – udara tidak stabil dan ciri
14.
Kadar tukaran adiabatik  dan pemeluwapan / proses adiabatik
15.
Kadar tukaran sekitaran – kesan kepada suhu
16.
Proses sejatan – pengaruh permukaan bumi
17.
Awan – pengaruh terhadap suhu / cuaca
18.
Konsep kerpasan  dan kejadian hujan salji/ais
19.
Hujan perolakan – proses dan faktor mempengaruhi
20.
Hujan orografik – proses dan faktor mempengaruhi
21.
Hujan – intensiti hujan  dan pengaruh terhadap  proses fizikal
22.
Hujan – pengaruh terhadap kehidupan manusia
23.
Konsep tekanan udara  dan angin monsun
24.
Tekanan udara dan perubahan cuaca dunia
25.
Angin monsun dan pengaruh kepada aktiviti  manusia di Malaysia
26.
Angin /  badai sumatera  dan pengaruh kepada cuaca / manusia
27.
Tekanan udara dan fenomena bayu laut / bayu darat
28.
Gangguan atmosfera – konsep dan faktor yang mempengaruhi
29.
Ribut/siklon tropika – proses kejadian dan kesan  ( 2013 )
30.
Daya koriolis dan pengaruhnya kepada angin / siklon
31.
Perubahan iklim – konsep dan faktor
32.
Pemanasan global – punca dari KRH dan penipisan ozon
33.
Mikro iklim bandar – pulau haba , pulau sejuk, jerebu, hujan asid

SISTEM HIDROLOGI
1.
Fasa  air – tenaga yang terlibat dan proses fizikal
2.
Kitaran hidrologi – proses mendatar (alir lintang, larian air permukaan, air tanah)
3.
Kitaran hidrologi proses menegak (sejatan,perpeluhan,pemeluwapan,kerpasan,

pemejalwapan,pintasan silara )
4..
Keberkesanan kerpasan – faktor mempengaruhi
5.
Edaran air tanih – proses (larian air permukaan,aliran bawah tanah,simpanan air tanah,

keporosan,ketelapan,akuifer )
6.
Imbangan air – lebihan dan kurangan air
7.
Variasi imbangan air - faktor  ketinggian muka bumi , aspek cerun,hujan,tumbuhan,batuan)
8.
Gangguan imbangan air – perubahan simpanan air – lebihan(banjir), kurangan(kemarau)
9.
Gangguan imbangan air dan impak kepada aktiviti/kehidupan manusia
10.
Penyesuaian manusia terhadap imbangan air – hujan tiruan,pengairan,air bawah tanah,penghutanan,penyahgaraman,kempen,perundangan,kestrukturan

(B)
PEMBANGUNAN EKONOMI DAN IMPAK ALAM SEKITAR
1.
Konsep sektor ekonomi primer / sekunder / tertier
2.
Sektor perikanan – ciri perikanan laut dalam ; masalah yg dihadapi; langkah memajukan ;

Impak alam sekitar ( kemerosotan & kepupusan sumber, pencemaran, kualiti merosot)
3.
Sektor pertanian – ciri  pertanian tanah tinggi ; kesan alam sekitar; teknologi pertanian
4.
Sektor pembuatan – faktor kemajuan industri auomotif ; kepentingan
5.
Sektor pelancongan – faktor pelancongan ekologi ; langkah memajukan pelancongan ;

Impak alam sekitar ( kemerosotan & kepupusan sumber, pencemaran, kualiti merosot)
6.
Sektor perkhidmatan telekomunikasi – kepentingan ; impak sosio-ekonomi
7.
Proses pembangunan ekonomi – petunjuk pembangunan ( KDNK,% tenaga kerja, ciri

demografi, kemajuan kemudahan asas, pola pemilikan barangan penduduk / taraf hidup)
8.
Ketidak imbangan pembangunan ekonomi antara wilayah – petunjuk dan langkah atasi



GLOBALISASI  EKONOMI  DAN  KERJASAMA SERANTAU
1.
Konsep globalisasi ekonomi
2.
Saling bergantung antara kawasan ( pelaburan, teknologi,pasaran,buruh,pengeluaran )
3.
Kepentingan saling bergantung – kecekapan, ekonomi,daya saing,pengkhususan produk
4.
Kesan positif  – dagangan bebas,pasaran,teknologi,buruh, saingan,kualiti produk
5.
Kesan negatif – monopoli multinasional , ancaman barangan  tempatan, ancaman IKS ,

Aliran masuk modal tak terkawal, penghakisan kedaulatan negara
6.
Konsep kerjasama serantau  dan contoh pakatan kerjasama ekonomi
7.
Kepentingan – kawal kesan globalisasi ,pasaran bersama,daya saing,buruh,teknologi,R&D
8.
Halangan – perbezaan ekonomi, konflik politik, keupayaan melaksana,pencemaran rentas

Sempadan,keselamatan serantau, persaingan dengan kepentingan negara
9.
ASEAN – peranan  dan kepentingan ; kesan kepada Malaysia
10.
Globalisasi – kepentingan dan kesan sosio-ekonomi kepada Malaysia
11.
Segitiga pertumbuhan – konsep  dan tujuan
12.
IMS-GT ( Indonesia-Malaysia-Singapura ) - tumpu perindustrian
13.
IMT-GT ( Indonesia-Malaysia-Thailand ) – tumpu pertanian dan pelancongan
14.
BIMP-EAGA ( Brunai-Indonesia-Malaysia-Filipina) – tumpu pelbagai aktiviti ekonomi
15.
Peranan GT – memajukan perdagangan, pelaburan,pelancongan,aliran buruh,teknologi,

Perhubungan dan pengangkutan
16.
Dasar luar Malaysia – Aman,Bebas dan Berkecuali – peranan Malaysia dalam k/sama






















Friday 12 December 2014

Tajuk El Nino dan Siklon



Tajuk :   FENOMENA IKLIM @ CUACA – El Nino dan Siklon
ASPEK
El Nino
Ribut / Siklon
Konsep
·          Fenomena El Nino ialah perubahan cuaca panas yang menyebabkan kemarau teruk
·          Fenomena kemarau  di kawasan Timur  Asia ( Asia Tenggara, Australia ) berlaku dalam tempoh 4-5 tahun sekali akibat pergerakan angin timuran dari timur Asia ke arah lautan Pasifik Barat ( Teluk Mexico, Peru, Equador ).
·          Berdasarkan sejarah el nino telah terjadi pada tahun 1983 dan 1998.
Ribut adalah angin kencang yang bertiup dengan kelajuan melebihi 40 km/sejam
Siklon adalah ribut kencang yang bergerak secara berpusar masuk (ke dalam ) mengelilingi satu pusat TUR dengan kelajuan melebihi 120km/jam
Anti siklon adalah angin yang bergerak secara berpusar keluar dari satu pusat TUT. Angin perlahan dan tenang.
Jenis
Ada tiga bentuk atau keadaan el nino :
a)        El nino yang lembut – kemarau singkat
b)        El nino sederhana – kemarau yang agak lama
c)        El nino kuat – kemarau yang berpanjangan hingga 4 bulan
Ada 3 jenis :
a)        Siklon tropika – ribut kencang di kws 5-15°U/S
b)        Siklon kawasan hawa sederhana – di kws 4 musim
c)        Puting beliung - tornado
Faktor
·          Peningkatan suhu di permukaan laut berlaku di laut Barat Pasifik mewujudkan zon TUR di kawasan tersebut.
·          Akibatnya kws TUT wujud di bahagian timur Asia. Dengan itu angin timuran akan bertiup ke arah barat.
·          Kesannya menyebabkan kawasan timur Asia tidak menerima hujan menjadikan cuaca cering dan kemarau yang teruk.
·          Kewujudan ENSO ( Southern Oscilliation/Putaran Selatan Atmosfera) iaitu angin putaran selatan dari selatan Amerika Selatan telah menggandakan kesan El Nino – meningkatkan lebih banyak hujan di Pasifik Barat.
1.        Kewujudan zon TUR yang melampau di lautan akibat peningkatan suhu permukaan laut. Perbezan ini akan mewujudkan Daya Cerun Tekanan (perbezaan TUT-TUR) yang mencuram ke laut.
2.        Tarikan daya koriolis akan mempengaruhi arah pergerakan siklon. Di HU siklon akan terbias ke kanan dari arah tiupannya. Di HS siklon akan terbias ke kiri dari arah tiupannya.
3.        Pertembungan kumpulan udara panas dan udara sejuk akan akan menyebabkan pemeluwapan yang giat dalam udara dan menggalakkan kejadian ribut.
Kesan Alam Sekitar Fizikal
·          Kemarau berpanjangan di kawasan Asia Tenggara – suhu yang terlalu panas menyebabkan udara menjadi kering – wap air kering sebelum dipeluwapkan di ZTE – menyebabkan hujan tidak menjadi – kemarau  4-5 bulan.
·          Udara panas dan kering meningkatkan sejatan – tanah kehilangan air – tanah kering – poros
·          Kelembapan udara menurun – tumbuhan mengalami kekurangan air – sejatpeluhan merosot – sedikit wap air disumbang ke udra melalui perpeluhan.
·          Simpanan air di kws tadahan hujan menyusut – tanah kering – menyebabkan aras air  sungai / tasik / air bawah tanah jatuh jauh ke dalam bumi.
·          Ketiadaan hujan dalam tempoh yang lama  hingga 4 bulan – suhu terlalu tinggi – mengeringkan wap air dalam udara.
·          Fenomena jerebu – cuaca kering dan panas – kebakaran hutan – pembakaran  hutan untuk pertanian – menyumbang asap, habuk, debu yang terampai dalam udara membentuk jerebu.
·          Menjejaskan habitat hidupan akuatik darat dan laut – peningkatan suhu air laut mengurangkan pertumbuhan plankton – menjejaskan pertumbuhan batu karang – sungai, tasik, kubang di daratan kering menyebabkan ikan kehilangan habitat.
1.        Ombak kuat – angin meningkatkan kelajuan dan tinggi ombak – menambah tenaga ombak - hakisan pantai giat
2.        Kemusnahan hutan – kawasan laluan ribut - pokok tumbang
3.        Pencemaran sumber air – kolam/tasik/paya tercemar dengan sampah sarap, lumpur akibat banjir yang dibawa oleh ribut atau siklon
4.        Sejatan tinggi - kerana angin ribut yang kencang menyejat banyak wap air dari permukaan laut – angin yang bergarak akan menyejat atau menyerap lebih banyak air
5.        Banjir yang berlaku membawa wabak penyakit seperti taun dan wabak bawaan nyamuk ( malaria ) – apabila air surut lopak atau lekukan menakung air – menggalakkan pembiakan nyamuk
Kesan Alam Sekitar Manusia
·          Menjejaskan pertanian – kemarau membantutkan pertumbuhan tanaman – menjejaskan jumlah dan kualiti hasil pertanian – dalam jangka panjang akan menjejaskan stok makanan seperti bijirin.
·          Bekalan air terputus – tanah kering – kegiatan pertanian tidak dapat dijalankan mengikut jadual biasa-misalnya tanaman padi sawah
·          Krisis bekalan air bersih – ketiadaan hujan menyusutkan air sungai dan tasik yang menjadi sumber bekalan air bersih untuk ditapis – bekalan air paip terjejas – dihadkan/ catuan air
·          Menjejaskan kesihatan penduduk – udara kering dan berdebu – menggalakkan batuk, asma, demam panas dan stoke haba  - kehilangan air badan (dehidrasi ) yang banyak setiap hari menjadikan manusia cepat letih.
1.        Kemusnahan harta benda – rumah, bangunan roboh atau dihanyutkan air atau diterbangkan angin
2.        Penduduk kerugian wang ringgit –kos  bina semula rumah , kos pembaikan, dan kos untuk ganti alatan
3.        Kerajaan perlu mengeluarkan perbelanjaan yang besar – membayar pampasan kepada penduduk, membaik pulih kemudahan asas / kemudahan awam , membina semula bangunan yang runtuh
4.        Kehilangan nyawa – kematian akibat dihempap bangunan, lemas dalam  banjir atau diterbangkan angin
5.        Trauma – kebimbangan dan  ketakutan kejadian akan berulang setiap kali berlaku perubahan cuaca – kesedihan kerana kehilangan harta benda atau kaum keluarga
6.        Kemusnahan kawasan pertanian – tanaman rebah/ tumbang  menyukarkan kerja menuai seperti padi sawah – tanaman tenggelam – mati atau jejas hasil