1.
|
Konsep perubahan iklim
|
|
·
Bermaksud peningkatan atau penurunan unsur-unsur
cuaca dan iklim di atmosfera permukaan
bumi disebabkan oleh faktor fizikal dan manusia.
·
Antara
aspek perubahan iklim yang berlaku di
beberapa tempat masa kini ialah pertambahan jumlah hujan , peningkatan suhu , turunan salji
yang melampau dan kemarau yang beranjangan .
|
||
2.
|
Fenomena pemanasan global :
|
|
·
Peningkatan
suhu atmosfera di seluruh dunia telah
dibuktikan dengan kesan atau fenomena pemanasan global.
·
Fenomena
pemanasan global bermaksud peningkatan
purata suhu permukaan bumi dan lautan daripada keadaan normal di seluruh
dunia.
·
Pemanasan
global berlaku disebabkan oleh dua faktor besar iaitu akibat kesan rumah hijau ( Geen Gas Effect )
dan penipisan lapisan ozon .
Kedua-dua faktor ini telah meningkatkan suhu atmosfera di permukaan bumi di
seluruh dunia.
|
||
2.1
|
Kesan rumah hijau (KRH)
|
|
·
KRH
bermaksud haba panas yang terperangkap
di dalam sesuatu ruang atmosfera akibat halanganlapisan gas rumah hijau
dan memanaskan ruang udara
tersebut sehingga meningkatkan suhu.
·
Bahang
bumi yang dibebaskan ke atmosfera serta bahang daripada albedo bumi telah dihalang oleh lapisan gas rumah hijau
serta bahan pencemar udara yang menutup lapisan atas atmosfera bumi.
Akibatnya bahang tersebut dipantulkan kembali ke atmosfera bumi lalu
mengekalkan kepanasan bahang atau meningkatkan kepanasan bahang di permukaan
bumi.
|
·
Gas
rumah hijau termasuklah gas karbon dioksida, klorofluorokarbon (CFC), metana
dan gas ozon .Lapisan gas ini yang
kini terampai dengan banyak di udara telah menjadi penebat atau penghalang
pergerakan bahang panas dari bumi untuk naik ke atmosfera yang lebih
tinggi.
·
Pertambahan
gas rumah hijau dalam udara masa kini disebabkan
oleh faktor fizikal:
|
||
1.
Berkuranganya
keluasan hutan di seluruh dunia akibat penyahhutanan, pembalakan,
pembandaran. Hutan atau tumbuhan akan menyerap atau menggunakan gas CO2 dalam
proses fotosintesis. Apabila hutan semakin kurang, jumlah gas CO2 dalam udara
akan bertambah.
2.
Letusan
gunung berapi akan menyerakkan habuk, debu, asap dan gas ke dalam udara.
Bahan-bahan ini akan menutup ruang atmosfera dan menghalang pergerakan atau
pembebasan bahang dari bumi ( bahang bumi dan albedo ).
|
Faktor
manusia yang menyebabkan pertambahan gas rumah hijau :
1.
Berkuranganya
keluasan hutan di seluruh dunia akibat penyahhutanan, pembalakan,
pembandaran. Hutan atau tumbuhan akan menyerap atau menggunakan gas CO2 dalam
proses fotosintesis. Apabila hutan semakin kurang, jumlah gas CO2 dalam udara
akan bertambah.
2.
Letusan
gunung berapi akan menyerakkan habuk, debu, asap dan gas ke dalam udara.
Bahan-bahan ini akan menutup ruang atmosfera dan menghalang pergerakan atau
pembebasan bahang dari bumi ( bahang bumi dan albedo ).
3.
Pembakaran
bahan api fosil ( minyak, arang batu ) melalui kenderaan, jentera kilang akan
meningkatkan pembebasan gas karbon dioksida dan metana ke dalam udara.
4.
Pembakaran
hutan untuk pertanian, pembakaran sisa pertanian secara besar-besaran boleh
meningkatkan jumlah karbon atau gas karbon dioksida dalam udara.
5.
Pembakaran
longgokkan besar sampah sarap secara terbuka juga akan meningkatkan
pembebasan gas rumah hijau ( CO2, metana ) ke dalam udara. Longgokkan sampah
banyak mengandungi kertas, plastik, barangan plastik dan kayu binaan terbuang.
Bahan-bahan ini apabila dibakar akan membebaskan CO2 dan metana.
6.
Penggunaan
alat penyaman udara yang semakin banyak dalam rumah dan kenderaan ,
penggunaan dan pembuatan peti sejuk serta penggunaan aerosol dalam pembuatan
baja dan racun serangga telah meningkatkan pelepasan gas CFC (
klorofluorokarbon ) ke dalam udara. Gas CFC akan bersama-sama gas rumah hijau
yang lain terampai di ruang udara dan menghalang pembebasan haba keluar dari
atmosfera bumi. Keadaan ini akan meningkatkan suhu permukaan bumi.
|
·
Impak
kesan rumah hijau (KRH) kepada AS Fizikal :
|
|||
1.
Pencairan
ais kutub – peningkatan suhu akan menyebabkan air batu benua di KU/KS semakin
cair - aras laut meningkat –
menenggelamkan kawasan pantai yang rendah
2.
Peningkatan
suhu – mewujudkan zon TUR yang akan
meransang kejadian ribut yang lebih kerap dan lebih kuat.
3.
Banjir
besar – peningkatan suhu meningkatkan sejatan dan sejatpeluhan – menggalakkan
pembentukan hujan – hujan berlebihan – banjir
4.
Di
kawasan benua peningkatan suhu akan menyebabkan kemarau berpanjangan – suhu
tinggi menyebabkan wap air yang disejat menjadi kering sebelum sempat
dipeluwapkan di ZTE.
5.
KRH
meningkatkan suhu air – menyebabkan kemusnahan alga dan plankton – jejas
rantaian makanan ikan hidupan akuatik seperti ikan.
|
|||
·
Impak
kesan rumah hijau (KRH) kepada AS Manusia :
|
|||
1.
Pemanasan
berlebihan menyebabkan proses pendebungaan terganggu – tanaman kurang
mengeluarkan hasil – sektor pertanian mengalami kemerosotan kuantiti dan
kualiti hasil.
2.
Keadaan
tidak selesa – jejas kesihatan akibat perpeluhan yang banyak dan “dehdrasi” –
keletihan, gangguan penghazaman dan gangguan perkumuhan.
3.
Peningkatan
kos elektrik – penggunaan kipas dan pendingin hawa berpanjangan .
|
2.2
|
Penipisan lapisan ozon
|
|
·
Penipisan
lapisan ozon bermaksud penghausan atau
penyusutan ketebalan lapisan O3 ( oksigen tiga unsur ) akibat
dihakis oleh bahan kimia CFC (
klorofluorokarbon ) yang terdapat di dalam udara.
·
Lapisan
ozon atau O3 yang terletak pada ketinggian 20 – 40 km dari
permukaan bumi di ruang stratosfera berfungsi menapis kemasukan sinaran ultra
ungu (UV) yang datang bersama cahaya matahari
ke atmosfera bumi. Ia mengawal pancaran UV ke atmosfera bumi supaya
tidak berlebihan. UV yang berlebihan boleh meningkatkan suhu permukaan bumi
dan mengubah keadaan cuaca yang normal. Kesan lanjutnya ialah menyebabkan
pemanasan global.
|
·
Lapisan
ozon boleh menjadi semakin nipis dan mungkin akan berlubang ( bocor )
disebabkan oleh faktor fizikal :
|
||
1.
Suhu
atmosfera yang terlalu rendah menyebabkan tindakan hidrogen klorida dan
klorin nitrat melarutkan O3 dalam ozon di kawasan langit zon sejuk di
Antartika ( Sekitar Greenland hingga barat Siberia )
2.
Semasa
jumlah tompok panas matahari berkurangan intensiti bahangan matahari menjadi
rendah . Keadaan ini tidak menggalakkan pembentukan gas ozon.
3.
Letusan
gunung berapi menghamburkan sulfur (
sejenis aerosol ) yang akan menyerakkan
cahaya matahari. Akibatnya intensiti (tumpuan) cahaya matahari
berkurangan dan mengurangkan pembentukan gas ozon.
|
·
Lapisan
ozon boleh menjadi semakin nipis dan mungkin akan berlubang ( bocor )
disebabkan oleh faktor manusia :
|
||
1.
Pembebasan
gas CFC yang semakin banyak ke dalam udara. Gas CFC akan bertindak balas dengan UV dan
menghasilkan atom klorin. Atom klorin
akan bertindakbalas atau melarutkan
atom O3 dalam ozon menjadikan
O3 menyusut atau semakin nipis.
|
||
2.
Penggunaan
baja kimia, racun serangga dan racun rumpai dalam sektor pertanian akan
menyumbangkan bahan bromida halo karbon dan nitrogen ke dalam udara.
Bahan-bahan ini boleh melarutkan gas ozon.
3.
Pembakaran
bahan api fosil ( minyak dan arang batu ) yang semakin meningkat menyumbangkan
gas CO2 yang banyak ke dalam udara. Di samping meningkatkan kesan rumah hijau
gas CO2 juga akan melarutkan O3 dalam ozon.
4.
Pembebasan
gas hidrokarbon melalui aktiviti geoterma, perlombongan petroleum,
perlombongan arang batu dan pembakaran terbuka juga akan menghakis O3 dalam
ozon.
5.
Pemodenan
pengangkutan udara dengan jet supersonik yang menggunakan tenaga atom akan
membebaskan gas nitrogen di ruang lapisan ozon . Nitrogen akan menghakis atau
melarutkan O3 yang terdapat dalam ozon.
6.
Pelancaran
roket dan ujian nuklear yang semakin kerap dilakukan akan membebaskan banyak
bahan klorin ke dalam udara yang akan menghauskan gas O3 dalam ozon.
|
·
Impak
penipisan lapisan ozon terhadap AS
Fizikal :
|
||
1.
Berlaku
peningkatan suhu yang mengubah cuaca / iklim dunia – pertambahan kemasukan UV
matahari meningkatkan bahanan suria ke
dalam atmosfera bumi meningkatkan suhu – kadar serapan haba matahari oleh
bumi meningkat – bumi panas kerana haba pendam tinggi – menyebabkan
pembebasan bahangan bumi meningkat – suhu udara meningkat.
2.
Berlaku
pencairan ais kutub dan ais
pergunungan – pencairan ais akan meningkatkan aras laut sebanyak 2cm setahun – dalam jangka panjang akan
menenggelamkan kawasan pantai yang rendah.
3.
Bertambah
kejadian ribut atau siklon – pertambahan haba matahari melalui ruang ozon
yang nipis atau berlubang mewujudkan
kawasan TUR yang banyak di
berbagai-bagai temat di dunia – menggalakkan kejadian ribut.
4.
Peningkatan
suhu meningkatkan sejatan dan sejatpeluhan – meningkatkan jumlah wap air
dalam udara – menggalakkan pembentukan hujan – hujan lebat berpanjangan –
banjir .
5.
Pertambahan
UV meningkatkan suhu air laut – mematikan plankton dan alga – menjejaskan
sumber makanan ikan.
6.
Peningkatan
suhu akan menggalakkan proses luluhawa kimia – air menjadi panas dan
memudahkan mineral batuan larut dalam air ; menggalakkan luluhawa mekanika –
proses pengembangan dan pengecutan batuan.
|
||
·
Impak
penipisan lapisan ozon terhadap AS
Manusia :
|
||
1.
Pancaran
UV berlebihan boleh menyebabkan kanser
kulit – pembakaran UV akan mematikan sel-sel kulit – merosakkan kulit –
merubah warna kulit.
2.
Pancaran
UV berlebihan boleh merosakkan mata – katarak mata
3.
Sistem
imuniti badan menjadi lemah kerana kesan UV berlebihan akan mengurangkan
pengeluaran anti bodi manusia.
4.
Kemerosotan
kuantiti hasil pertanian – pemanasan berlebihan menyebabkan pertumbuhan
terjejas – kesuburan pokok terjejas – hasil berkurangan
|
I t's so hard to read this SA
ReplyDelete