Friday 12 December 2014

Contoh jawapan Atmosfera




SOALAN-SOALAN 942/2 ATMOSFERA 2014

1.
a)
Bincangkan bagaimana perubahan unsur cuaca dan iklim memberi kesan kepada aktiviti pertanian  di  kawasan tropika lembap



[ 12 m ]

b)
Jelaskan langkah yang sesuai bagi mengimbangi perubahan unsur cuaca dan iklim di kawasan bandar di Malaysia



[ 13m ]



SKEMA JAWAPAN :

a)
·         peningkatan  suhu -  fenomena kemarau - kegiatan pertanian terganggu
·          penurunan suhu -  kegiatan pertanian terganggu
·         peningkatan hujan -   banjir - aktiviti pertanian terganggu
·         pengurangan hujan -  kemarau - aktiviti pertanian terganggu
·         Ribut  ( peningkatan angin )- tanaman tumbang ( musnah )
·         peningkatan bahang matahari -  kegiatan pengeringan hasil pertanian berjalan lancar.
·         Peningkatan bahang matahari - fenomena kemarau - kegiatan pertanian terganggu.
6 isi x 2m = 12 m

b)
·         menanam tumbuhan di kawasan bandar -  suhu rendah,  kelembapan udara tinggi.
·   membina lebih banyak kawasan berair - seperti  kolam dan pancutan air - meninggikan kelembapan udara dan merendahkan suhu persekitaran.
·       Perancangan pembangunan - mengurangkan pembinaan bangunan tinggi - mengawal pergerakan angin mendatar.
·  Mengurangkan pembinaan kawasan / lantai bandar yang bertar dan bersimen-  dapat mengurangkan suhu persekitaran bandar.
·      kempen -  kongsi  kenderaan, menggunakan bahan api yang mesra alam - mengurangkan suhu persekitaran.
·         pendidikan -  mendidikan masyarakat bandar supaya sentiasa menjaga pesekitaran bandar.
·    Perundangan - pemantauan, hukuman dan denda terhadap pelbagai aktiviti di bandar - cth. pembakaran terbuka.   
6 isi x2m + 1 = 13m

2.
a)
Jelaskan faktor-faktor fizikal dan manusia  yang mempengaruhi kejadian banjir di sesuatu kawasan



[ 12m ]

b)
Bincangkan langkah yang sesuai  bagi mengatasi masalah  banjir di sesuatu kawasan


[ 13m ]





SKEMA JAWAPAN:

a)
·         intensiti hujan -   hujan yang terlalu lebat seperti di musm tengkujuh.
·      kekurangan tumbuhan -  kadar resapan air ke dalam tanih berkurangan - meningkatkan kadar larian air permukaan.
·       Kekurangan tempat takungan air - seperti kolam , tasik dan sungai - tidak dapat menampung air yang berlebihan.
·         Masalah sistem peparitan/longkang - cetek dan tersumbat -  air melimpah .
·         Lantai / permukaan yang bersimen dan bertar - mengurangkan kadar resapan air ke dalam tanah.
·         kandungan air tanih -  air tanah yang banyak / tepu mengurangkan resapan air ke dalam tanah.
·         aktiviti manusia - pembuangan sampah sarap ke dalam longkang / parit - tersumbat. 
  6 isi X 2 markah = 12 markah      


b)
·         mengekal dan menanam semula tumbuhan-  menambahkan kadar resapan air ke dalam tanih.
·         mendalamkan sungai - menambahkan keupayaan sungai untuk menakung air.
·         memperbanyakan tempat takungan air - dapat menakung air terutama semasa hujan lebat.
·         meluruskan sungai - mempercepatkan air dicaskan ke laut.
·         perancangan pembangunan - mengurangkan kawasan bertar dan bersimen bagi menambahkan kadar resapan air ke dalam tanih.
·         memperbaiki sistem peparitan / longkang - melurus dan membersihkan longkang.
·         kempen -  kebersihan dan menanam tumbuhan.
·         pendidikan
·         perundangan                                                               
                                                              Mana-mana  6 isi X 2 markah = 12 markah



3.
a)
" Aktiviti manusia di kawasan bandar merupakan faktor utama yang  menyumbang kepada  berlakunya fenomena  pulau haba bandar".  Ulaskan pernyataan ini



[ 12m ]

b)
Bincangkan kesan pulau haba bandar terhadap alam sekitar fizikal dan manusia di bandar


[ 13m ]



SKEMA JAWAPAN:

a)
·         penggunaan kenderaan- membebaskan gas rumah hijau - meningkatkan suhu bandar.
·         penggunaan CFC- penggunaan penghawa dingin.
·         pembinaan -  rumah kediaman, kilang dan rumah kedai - peningkatan habuk debu .
·    penurapan dan penyimenan permukaan- menyerap bahang matahari dan kemudiaan membebaskan semula bahang tersebut - suhu persekitaran bandar meningkat.
·         perkilangan -  pembebasan gas-gas rumah hijau seperti karbon dioksida- suhu meningkat.
·    pembinaan bangunan tinggi - menyekat pergerakan angin mendatar- bahang terperangkap di kawasan bandar- suhu meningkat.
·         pengurangan kawasan hijau-  kegiatan pembangunan yang pesat - gas rumah hijau bertambah.
                                           Mana-mana  6 isi X 2 markah = 12 markah + 1markah




b)
kesan fizikal
·         suhu persekitaran kawasan bandar meningkat / lebih panas daripada kawasan sekitarnya.
·         Proses sejatan meningkat - akibat peningkatan suhu - kekerapan hujan.
·         kelembapan bandingan kawasan bandar rendah.  
·         wujudnya tekanan udara rendah - menghasilkan ribut.  
Kesan manusia
·         Peningkatan penggunaan bahan api - penggunaan hawa dingin - meningkat pengunaan elektrik.
·         Kadar penghidratan tinggi - menganggu keselesaan penduduk.
·         Kesan kepada aktiviti perniagaan - perniagaan air meningkat.
·         Aktivi pelancongan terganggu.

Mana-mana  3 isi fizikal dan  2 isi manusia dan sebaliknya.
o    6 isi x 2 markah = 12 markah
                                                                                           
4.
a)
Kebanyakan bandar-bandar besar di negara yang sedang membangun menghadapi masalah kadar pencemaran udara dan sumbe air yang tinggi " .  Ulaskan penyataan yang diberi dengan merujuk kepada faktor yang menyebabkan fenomena tersebut berlaku.     



[ 12m ]

b)
Bincangkan langkah yang perlu dilakukan bagi mengatasi masalah pencemaran udara dan sumber air di bandar.                                                                                          


[ 13m ]


SKEMA JAWAPAN

a)
·         bandar terlalu besar dan tepu bina - bangunan rapat-rapat - menghalang pergerakan angin.
·         kegiatan pembinaan yang pesat
·         kekurangan kawasan hijau / kekurangan tumbuhan
·         Pembebasan bahan api fosil yang pesat
·         Kekurangan pengangkutan awam
·         sikap penduduk - pembuangan sampah sarap ke dalam sungai, pembakarn terbuka dan dll.
·         Sistem pengurusan sisa yang kurang berkesan
·         tumpuan industri di kawasan bandar/ tiada pentempatan semula industri
                               Mana-mana  6 isi X 2 markah = 12 markah +1 m = 13 markah


b)
·         penghijauan bandar-  mengurangkan kepekatan gas rumah hijau.
·         menggunakan bahan api yang mesra alam - tenaga suria dan hybrid.
·         sistem pengurusan sisa yang sistematik  - cth sistem pungutan sampah.
·         Perangkap sampah..
·         perancangan pembangunan -  kawasan hijau, mengurangkan pembinaan bangunan tinggi.
·         kempen -  kebersihan, kongsi kereta, penggunaan kenderaan awam.
·         pendidikan
·         perundangan  
                                                                            Mana-mana  6 isi X 2 markah = 12 markah



5..
a)
 Bincangkan pengaruh suhu terhadap proses perubahan fasa air.



[ 12m ]

b)
 Jelaskan kepentingan pelbagai fasa air terhadap alam sekitar fizikal dan manusia


[ 13m ]


SKEMA JAWAPAN

a)
·         perubahan fasa cecair kepada fasa pepejal ( pembekuan ) -  suhu turun di bawah takat beku.
·       Perubahan fasa pepejal kepada cecair ( peleburan ) - suhu meningkat melebihi takat beku (0ยบ C ).
·       Perubahan fasa cecair kepada gas / wap ( sejatan ) - suhu meningkat melebihi takat didih.
·      Perubahan fasa wap/gas kepada cecair ( pemeluwapan )  - suhu persekitaran jatuh ke takat embun

b)
Alam sekitar fizikal
·     fasa wap-   mengimbangi kelembapan udara – wap air masuk ke dalam udara – melembabkan udara
·    fasa wap -  membantu pembentukan hujan – wap air naik ke atmosfera – mengalami proses adiabatik – terpeluwap menjadi titisan air - hujan
·      fasa cecair -  habitat haiwan dan tumbuhan – kolam, paya, tasik dan laut – menjadi habitat akuatik
·         fasa pepejal - simpanan air   - air yang membeku menjadi stok air berbentuk salji atau glasier
·     fasa wap/ cecair - membantu mengurangkan suhu persekitaran – udara lembap – menurunkan suhu
Alam sekitar manusia
·         fasa cecair - sumber bekalan air kepada penduduk – sumber air sungai, mata air, tasik dan perigi
·         fasa cecair - aktiviti sukan dan rekreasi – sungai untuk aktiviti memancing, berkayak, meredah jeram
·         fasa cecair - aktiviti pelancongan – laut untuk eko pelancongan – menyelam skuba
Mana-mana 6 kepentingan x 2 markah + 1 = 13 markah



6.
a)
Bincangkan faktor yang mempengaruhi kadar larian air permukaan dan resapan air ke dalam tanih di sesuatu kawasan.                                                           



[ 12m ]

b)
"  Larian air permukaan yang tinggi telah memberi kesan kepada alam sekitar fizikal sesuatu kawasan ". Ulaskan penyataan tersebut


[ 13m ]


SKEMA JAWAPAN

a)
·         intensiti hujan -  hujan terlalu lebat kadar larian air permukaan tinggi dan resapan air ke dalam tanih berkurangan.
·         jenis tanih - tanah yang longgar/ liang pori banyak kadar resapan tinggi manakala tanah yang liang pori kecil kadar larian air permukaan tingi.
·         kecerunan - kecerunan yang tinggi menyebabkan kadar larian air permukaan tinggi manakala resapan rendah.
·         peranan tumbuhan-  kawasan yang banyak tumbuhan kadara resapan tinggi dan larian air permukaan rendah.
·         kandungan air dalam tanih - kawasan yang kandungan air dalam tanih tinggi / tepu kadar resapan air rendah dan larian air permukaan tinggi.


b)
·         pencemaran sumber air -  kelodak / lumpur yang dibawa menyebabkan air sungai keruh.
·         banjir -  bahan / sadimen termendap di dasar sungai - sungai cetek - banjir.
·         peningkatan kadar hakisan tanah -  hakisan tanih di kawasan cerun.
·         tanah hilang kesuburan - bahan organik di bawa oleh larian air permukaan.
      peningkatan kadar pemendapan -  tanih diangkut dan dimendapkan di sesuatu kawasan cth di dasar sungai.
·         Kemusnahan habitat -  air keruh menyebabkan habitat akuatik musnah.
·         kandungan air tanih berkurangan.   
                                                                            Mana-mana  6 isi X 2 markah = 12 markah















No comments:

Post a Comment