Tajuk : FENOMENA IKLIM @ CUACA – El Nino dan Siklon
ASPEK
|
El Nino
|
Ribut / Siklon
|
Konsep
|
·
Fenomena El
Nino ialah perubahan cuaca panas yang menyebabkan kemarau teruk
·
Fenomena kemarau di kawasan Timur Asia ( Asia Tenggara, Australia ) berlaku
dalam tempoh 4-5 tahun sekali akibat pergerakan angin timuran dari timur Asia
ke arah lautan Pasifik Barat ( Teluk Mexico, Peru, Equador ).
·
Berdasarkan sejarah el nino telah terjadi
pada tahun 1983 dan 1998.
|
Ribut adalah angin kencang yang
bertiup dengan kelajuan melebihi 40 km/sejam
Siklon adalah ribut kencang yang
bergerak secara berpusar masuk (ke dalam ) mengelilingi satu pusat TUR dengan
kelajuan melebihi 120km/jam
Anti siklon adalah angin yang
bergerak secara berpusar keluar dari satu pusat TUT. Angin perlahan dan
tenang.
|
Jenis
|
Ada tiga bentuk atau keadaan el nino
:
a)
El nino yang lembut – kemarau singkat
b)
El nino sederhana – kemarau yang agak lama
c)
El nino kuat – kemarau yang berpanjangan
hingga 4 bulan
|
Ada 3 jenis :
a)
Siklon tropika – ribut kencang di kws
5-15°U/S
b)
Siklon kawasan hawa sederhana – di kws 4
musim
c)
Puting beliung - tornado
|
Faktor
|
·
Peningkatan suhu di permukaan laut berlaku
di laut Barat Pasifik mewujudkan zon TUR di kawasan tersebut.
·
Akibatnya kws TUT wujud di bahagian timur
Asia. Dengan itu angin timuran akan bertiup ke arah barat.
·
Kesannya menyebabkan kawasan timur Asia
tidak menerima hujan menjadikan cuaca cering dan kemarau yang teruk.
·
Kewujudan ENSO ( Southern
Oscilliation/Putaran Selatan Atmosfera) iaitu angin putaran selatan dari
selatan Amerika Selatan telah menggandakan kesan El Nino – meningkatkan lebih
banyak hujan di Pasifik Barat.
|
1.
Kewujudan zon TUR yang melampau di lautan
akibat peningkatan suhu permukaan laut. Perbezan ini akan mewujudkan Daya
Cerun Tekanan (perbezaan TUT-TUR) yang mencuram ke laut.
2.
Tarikan daya koriolis akan mempengaruhi arah
pergerakan siklon. Di HU siklon akan terbias ke kanan dari arah tiupannya. Di
HS siklon akan terbias ke kiri dari arah tiupannya.
3.
Pertembungan kumpulan udara panas dan udara
sejuk akan akan menyebabkan pemeluwapan yang giat dalam udara dan
menggalakkan kejadian ribut.
|
Kesan Alam
Sekitar Fizikal
|
·
Kemarau berpanjangan di kawasan Asia
Tenggara – suhu yang terlalu panas menyebabkan udara menjadi kering – wap air
kering sebelum dipeluwapkan di ZTE – menyebabkan hujan tidak menjadi –
kemarau 4-5 bulan.
·
Udara panas dan kering meningkatkan sejatan
– tanah kehilangan air – tanah kering – poros
·
Kelembapan udara menurun – tumbuhan
mengalami kekurangan air – sejatpeluhan merosot – sedikit wap air disumbang
ke udra melalui perpeluhan.
·
Simpanan air di kws tadahan hujan menyusut –
tanah kering – menyebabkan aras air
sungai / tasik / air bawah tanah jatuh jauh ke dalam bumi.
·
Ketiadaan hujan dalam tempoh yang lama hingga 4 bulan – suhu terlalu tinggi –
mengeringkan wap air dalam udara.
·
Fenomena jerebu – cuaca kering dan panas –
kebakaran hutan – pembakaran hutan
untuk pertanian – menyumbang asap, habuk, debu yang terampai dalam udara
membentuk jerebu.
·
Menjejaskan habitat hidupan akuatik darat
dan laut – peningkatan suhu air laut mengurangkan pertumbuhan plankton –
menjejaskan pertumbuhan batu karang – sungai, tasik, kubang di daratan kering
menyebabkan ikan kehilangan habitat.
|
1.
Ombak kuat – angin meningkatkan kelajuan dan
tinggi ombak – menambah tenaga ombak - hakisan pantai giat
2.
Kemusnahan hutan – kawasan laluan ribut -
pokok tumbang
3.
Pencemaran sumber air – kolam/tasik/paya tercemar
dengan sampah sarap, lumpur akibat banjir yang dibawa oleh ribut atau siklon
4.
Sejatan tinggi - kerana angin ribut yang
kencang menyejat banyak wap air dari permukaan laut – angin yang bergarak
akan menyejat atau menyerap lebih banyak air
5.
Banjir yang berlaku membawa wabak penyakit
seperti taun dan wabak bawaan nyamuk ( malaria ) – apabila air surut lopak
atau lekukan menakung air – menggalakkan pembiakan nyamuk
|
Kesan Alam
Sekitar Manusia
|
·
Menjejaskan pertanian – kemarau membantutkan
pertumbuhan tanaman – menjejaskan jumlah dan kualiti hasil pertanian – dalam
jangka panjang akan menjejaskan stok makanan seperti bijirin.
·
Bekalan air terputus – tanah kering –
kegiatan pertanian tidak dapat dijalankan mengikut jadual biasa-misalnya
tanaman padi sawah
·
Krisis bekalan air bersih – ketiadaan hujan
menyusutkan air sungai dan tasik yang menjadi sumber bekalan air bersih untuk
ditapis – bekalan air paip terjejas – dihadkan/ catuan air
·
Menjejaskan kesihatan penduduk – udara
kering dan berdebu – menggalakkan batuk, asma, demam panas dan stoke
haba - kehilangan air badan (dehidrasi
) yang banyak setiap hari menjadikan manusia cepat letih.
|
1.
Kemusnahan harta benda – rumah, bangunan
roboh atau dihanyutkan air atau diterbangkan angin
2.
Penduduk kerugian wang ringgit –kos bina semula rumah , kos pembaikan, dan kos
untuk ganti alatan
3.
Kerajaan perlu mengeluarkan perbelanjaan
yang besar – membayar pampasan kepada penduduk, membaik pulih kemudahan asas
/ kemudahan awam , membina semula bangunan yang runtuh
4.
Kehilangan nyawa – kematian akibat dihempap
bangunan, lemas dalam banjir atau
diterbangkan angin
5.
Trauma – kebimbangan dan ketakutan kejadian akan berulang setiap
kali berlaku perubahan cuaca – kesedihan kerana kehilangan harta benda atau
kaum keluarga
6.
Kemusnahan kawasan pertanian – tanaman
rebah/ tumbang menyukarkan kerja
menuai seperti padi sawah – tanaman tenggelam – mati atau jejas hasil
|
how to write rumusan
ReplyDeletei don know write rumusan
ReplyDeletehow to write rumusan
ReplyDeleteyou can start with kesimpulannya...
Deleteand give the fact that the question want...
*correct me if i'm wrong...
Ikuk mung
ReplyDeleterilekk bohhhhh
DeleteKesan terhadap Manusia?
ReplyDelete